Thursday, June 30, 2011

PPD-PERODUA ECO-CHALLENGE 2011

Pada 23 hingga 25hb Jun 2011 yang lepas, Pasukan Automotif PPD telah menyertai Pertandingan Perodua Eco-Challenge 2011. Pasukan ini yang telah diberi nama PPD Eco-Team telah berjaya menyiapkan sebuah kereta walaupun pelbagai cabaran dan kekangan dihadapi oleh pasukan.


Mengimbas balik dari permulaan cabaran, setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) harus mengemukakan kertas cadangan ataupun kertas kerja bagi memasuki pertandingan ini. Alhamdulillah, dengan cubaan kali kedua ini setelah gagal dalam permohonan tahun 2010, akhirnya PPD Eco-Team telah berjaya dalam peringkat yang pertama. Setelah itu, 'hand-in ceremony' telah diadakan pada 24th Januari 2011 yang bertempat di kilang perodua sendiri iaitu di Rawang. Di upacara itu, setiap IPT telah diberi cek berjumlah RM17500,00 bagi membiayai segala urusan pembinaan kereta dan sebuah enjin perodua viva 660 manual.


Setelah berhempas pulas selama 4bulan melalui pelbagai percambahan idea, pembinaan, pengubahsuaian dan pengujian kereta tersebut, akhirnya PPD Eco-Team telah bersedia untuk bertanding. Kereta yang diberi nama R4 ini menggunakan konsep Eco Green iaitu 'Reduce-Recycle-Reuse-Respect'. Pasukan telah memilih konsep melalui pembinaan badan kereta yang diperbuat daripada kertas yang terpakai.


Bagi tema warna pula, PPD Ec0-Team telah menggabungkan warna Biru dan Putih dalam mencari suatu identiti sendiri dimana putih itu sendiri melambangkan bersih iaitu satu pasukan yang baru ('underdog') yang tiada pengalaman langsung dalam pertandingan seumpama ini. Manakala warna biru pula melambangkan komitmen dan kesungguhan pasukan untuk menyertai dan bertanding dalam pertandingan Perodua Eco-Challenge ini. Dengan maksud yang lain, warna biru juga dapat menggambarkan warna laut yang sinonim dengan kedudukan Politeknik Port Dickson yang berdekatan dengan laut.


PPD Eco-Team telah melibatkan semua pensyarah automotif dalam projek/pertandingan ini bagi mendapatkan pelbagai cambahan idea2 baru dan kerjasama yang menyeluruh. Setiap pensyarah telah diberi skop tanggungjawab masing2 dimana mereka dibantu oleh beberapa orang pelajar dibawahnya. Walaupun pelajar politeknik ini tidaklah sebijak dan sepandai pelajar universiti namun dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar ini ditambah pula dengan penyeliaan pensyarah yang terbabit, akhirnya terlahirlah R4 ini.


Pertandingan Perodua Eco-Challenge ini secara rasminya telah berlangsung pada 25hg Jun 2011, dimana setiap pasukan dinilai dari 3 aspek yang penting iaitu 'Long Distance, Engineering, & Design/Participation'. Setelah bertungkus lumus dalam pertandingan ini, akhirnya PPD Ec0-Team terpaksa menerima hakikat yang pasukan masih boleh pertingkatkan usaha dan kejayaan walaupun tidak memenangi apa2 dalam ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan. Walaupun terdapat beberapa kerosakan dan kesilapan teknikal di kedua-dua belah pihak, namun PPD Ec0-Team redha dengan keputusan pihak juri. Pasukan tidak akan mengalah dan akan merancang strategi baharu untuk pertandingan pada tahun hadapan, InsyaAllah.