Thursday, November 10, 2011

~ GUD LUCK 4 YOUR FINAL EXAM JUN2011 ~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelma minggu depan kepada semua pelajar - pelajar saya. Saya doakan kejayaan untuk setiap pelajar saya. Do your best!
Akhir kata, terima kasih di atas kerjasama yang kamu semua berikan. Semoga berjumpa lagi semester depan dalam kelas yang lain. Sekian.
Sila Klik disini untuk melihat markah PB.

Wednesday, August 3, 2011

sudah lama x berblog

salam 1 malaysia...
sekian lama menyepi, akhirnya sy kembali...
terdapat beberapa kekurangan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan diri...
akhirnya, eden telah menukarkan storage yang lama kepada yg baharu...
diharapkan tidak mengecewakan...
sekian adanya...
(ferdz dhaoz)

Thursday, June 30, 2011

PPD-PERODUA ECO-CHALLENGE 2011

Pada 23 hingga 25hb Jun 2011 yang lepas, Pasukan Automotif PPD telah menyertai Pertandingan Perodua Eco-Challenge 2011. Pasukan ini yang telah diberi nama PPD Eco-Team telah berjaya menyiapkan sebuah kereta walaupun pelbagai cabaran dan kekangan dihadapi oleh pasukan.


Mengimbas balik dari permulaan cabaran, setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) harus mengemukakan kertas cadangan ataupun kertas kerja bagi memasuki pertandingan ini. Alhamdulillah, dengan cubaan kali kedua ini setelah gagal dalam permohonan tahun 2010, akhirnya PPD Eco-Team telah berjaya dalam peringkat yang pertama. Setelah itu, 'hand-in ceremony' telah diadakan pada 24th Januari 2011 yang bertempat di kilang perodua sendiri iaitu di Rawang. Di upacara itu, setiap IPT telah diberi cek berjumlah RM17500,00 bagi membiayai segala urusan pembinaan kereta dan sebuah enjin perodua viva 660 manual.


Setelah berhempas pulas selama 4bulan melalui pelbagai percambahan idea, pembinaan, pengubahsuaian dan pengujian kereta tersebut, akhirnya PPD Eco-Team telah bersedia untuk bertanding. Kereta yang diberi nama R4 ini menggunakan konsep Eco Green iaitu 'Reduce-Recycle-Reuse-Respect'. Pasukan telah memilih konsep melalui pembinaan badan kereta yang diperbuat daripada kertas yang terpakai.


Bagi tema warna pula, PPD Ec0-Team telah menggabungkan warna Biru dan Putih dalam mencari suatu identiti sendiri dimana putih itu sendiri melambangkan bersih iaitu satu pasukan yang baru ('underdog') yang tiada pengalaman langsung dalam pertandingan seumpama ini. Manakala warna biru pula melambangkan komitmen dan kesungguhan pasukan untuk menyertai dan bertanding dalam pertandingan Perodua Eco-Challenge ini. Dengan maksud yang lain, warna biru juga dapat menggambarkan warna laut yang sinonim dengan kedudukan Politeknik Port Dickson yang berdekatan dengan laut.


PPD Eco-Team telah melibatkan semua pensyarah automotif dalam projek/pertandingan ini bagi mendapatkan pelbagai cambahan idea2 baru dan kerjasama yang menyeluruh. Setiap pensyarah telah diberi skop tanggungjawab masing2 dimana mereka dibantu oleh beberapa orang pelajar dibawahnya. Walaupun pelajar politeknik ini tidaklah sebijak dan sepandai pelajar universiti namun dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar ini ditambah pula dengan penyeliaan pensyarah yang terbabit, akhirnya terlahirlah R4 ini.


Pertandingan Perodua Eco-Challenge ini secara rasminya telah berlangsung pada 25hg Jun 2011, dimana setiap pasukan dinilai dari 3 aspek yang penting iaitu 'Long Distance, Engineering, & Design/Participation'. Setelah bertungkus lumus dalam pertandingan ini, akhirnya PPD Ec0-Team terpaksa menerima hakikat yang pasukan masih boleh pertingkatkan usaha dan kejayaan walaupun tidak memenangi apa2 dalam ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan. Walaupun terdapat beberapa kerosakan dan kesilapan teknikal di kedua-dua belah pihak, namun PPD Ec0-Team redha dengan keputusan pihak juri. Pasukan tidak akan mengalah dan akan merancang strategi baharu untuk pertandingan pada tahun hadapan, InsyaAllah.

Friday, October 29, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SESI JUN 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SESI JUN2010. DIHARAPKAN SESI INI PARA PELAJAR DAPAT MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN PADA PEPERIKSAAN YANG AKAN MEREKA HADAPI. SEMOGA SUKSES!!

PEPERIKSAAN AKHIR AKAN BERLANGSUNG PADA 01 NOVEMBER HINGGA 11 NOVEMBER 2010 SECARA SERENTAK BAGI SELURUH POLITEKNIK MALAYSIA.

SEMAKAN PENILAIAN BERTERUSAN (PB) BOLEH DI AKSES MENGIKUT NAMA PENSYARAH DI BAWAH:-


EN. MOHD FIRDAUS BIN KAMARUDDIN
EN. NORMIZAM BIN HALID

Friday, October 8, 2010

AUTOMOTIVE ACTIVITIES

Bermula dari tahun ini Program Automotif PPD telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk merapatkan lagi hubungan di antara pelajar-pelajar dan pensyarah. Aktiviti-aktiviti ini julung kalinya dibuat bagi mendedahkan kepada pelajar tentang konsep pengurusan program, bersosial, hubungan silaturahim dan pelajar tidak hanya menumpukan 100% kepada pelajaran semata-mata. Aktiviti yang dijalankan adalah satu kelebihan atau nilai tambah yang tidak dapat dibeli atau dicari di kedai-kedai atau ditepi jalan. Pelbagai aktiviti telah dirancang, namun tidak semuanya tercapai.

1. Pada semester lepas (sesi JAN 2101), sekumpulan pelajar dari kelas/modul J3181 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Proton yang beroperasi....read more

2. Pada sesi JUN 2101, pelajar dari semester 2 telah menganjurkan satu aktiviti berbuka puasa yang disertai hampir kesemua pelajar automotif PPD. Majlis seumpama ini....read more

Tuesday, May 4, 2010

CONTINUOUS EVALUATION (PENILAIAN BERTERUSAN) JANUARY 2010

Starting from 17th until 27th MAY 2010 there will be a Final Examination for PPD students.
Study hard & Study smart is the key of excellent. A proper planning also a good discipline in order to achieve what you want!
Wishing a successful result for all my students for this semester.
Next week, I will upload the C.E/P.B. So, students can make their planning to achieve what they want...

Click here if u want to see your Continuous Evaluation (PB)

Tuesday, March 2, 2010

SOME USEFUL INFORMATIONS

There was some useful information that can be share. All documents are lists down here:-

> Usefull Informations about tire




> Electronic Fuel Injection (EFI) Overview